Ciri utama Daging kultur

Khasiat

Daging bersih dapat diproduksi tanpa hormon buatan, antibiotik, steroid, obat-obatan, dan transgenik yang biasa digunakan dalam daging dan makanan hasil laut.[7]

Para pengkaji telah menyarankan bahawa asid lemak omega-3 dapat ditambahkan sebagai penambah kesihatan sama ada secara peringkat pengkulturan[8] mahupun secara pemakanan yang diberikan kepada haiwan pembekal sel induk asal.[9]

Penghasilan

Produksi daging jenis ini dalam skala besar barangkali tidak memerlukan hormon pertumbuhan buatan untuk ditambahkan ke dalam kultur asas.[10][11]

Sifat persekitaran yang membenarkan penghasilan daging ini secara terkawal ketat menjadikan daging ini berkeutamaan sama sepertimana hasil tanaman vertikal lalu berkongsi kelebihan dan manfaat yang sama dalam mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia berbahaya seperti pestisida dan fungisida, serta faktor luar seperti kecederaan yang boleh menjejaskan mutu daging serta ancaman dari haiwan pemangsa liar.[12]